NABI Allah Musa bin Imran a.s hidup di mesir dan dididik di istana Firaun setelah ibunya membuangnya kerana wahyu daripada Allah s.w.t. dan Ilhamnya di laut kerana takut dia dibunuh oleh Firaun , di mana dia membunuh setiap anak lelaki yang lahir daripada anak-anak Bani Israel.Tetapi Allah s.w.t.tetap berkehendak untuk mendidik Musa a.s. di istana musuhnya dan dibawah pengawasannya .
Musa a.s. membesar dan menjadi remaja . Pada suatu hari dia memasuki kota ketika penduduk kota lengang,tiba-tiba dia melihat dua orang yang sedang berkelahi . Salah seorangnya adalah orang mesir dan seorang lagi daripada golongan bani Israel. Orang yang berasal daripada golongannya meminta tolong terhadap musuhnya orang Mesir . Musa a.s. memukul orang Mesir qibti itu dan membunuhnya . Musa a.s. tahu bahawa dirinya telah bersalah dan bahawa apa yang telah dikerjakannya adalah pekerjaan syaitan. Maka dia berdoa kepada Tuhannya dan berkata , "Musa berdoa:
"Ya tuhanku , sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku . " Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. Musa berkata , "Ya Tuhanku , demi nikmat yang telah engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-sekali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa. "
(al-Qashah:16-17)
Demikian juga Musa a.s mengetahui kesalahannya, dan segera beristighfar kepada Allah s.w.t. Jawapan daripada Allah s.w.t. lebih cepat,kerana Dia Maha Pengampun. Musa a.s sebenarnya ingin mengherdik orang qibti itu dan memukulnya , akan tetapi pukulan itu telah menyebabkan kematiannya tanpa sengaja...
No comments:
Post a Comment