ntah la..

Monday, December 3, 2012

kAwAn...

ASSALAMUALAIKUM..


ERM..lama dah tak update blog nih...haha...saje je nak update..ada kawan minta sy update...anyway..semua  org mesti ada kawan kan??dari mula skola rendah sampai ke sekolah menengah...telah banyak kawan yang telah kita kenal...

nak citer ni....dulu masa sekolah rendah..sy banyak kawan satu kampung..tapi sekarang macam dah tak kenal dah...ada juga yang bertegur tapi tak semua la...apa apa un...sy tak kisah sbb sy banyak kawan lain lagi...kawan kat sekolah menengah banyak jugak....macam2 perangai sy tengok...sy dah faham dah dengan perangai diorang nih...hehe...tapi semuanya baik2 je....biasa lah..setiap orang berbeza perangai nya kan....


sy dah sekolah kat SAMBBST a.k.a. STIS uh...dah lama...dari tingkatan satu lagi....sampai lah ke tahun ni sy ambil tingkatan enam...well..sepanjang sy berkawan..macam2 sy dah dengar....kisah tu la..kisah ni la...tapi tak apa...baru lah kawan macam nih....haha....ha..nak citer ni..sepanjang sy belajar dalam tingkatan enam nih....sy dah jumpa lagi kawan baru...kebanyakannya dari SAMSMEL la.....erm..not bad...diorang nih baik jugak la.....haha..diorang nih kadang2 tak matang jugak..sama la macam sy...nama je tingkatan enam tapi tak matang un...hehehe....

anyway...best la dapat kawan macam diorang...erm...bagi sy...semua kawan baik....tak ada yang kurang....ha...ada la sedikit gambar nak dikongsikan pasal kawan tingkata enam sy nih....

GAMBAR NI MASA GI RAYA UMAH AUZAIE KAT AL JENDERAMI
                                         

HA..GAMBAR NI PULA KAT UMAH JALAL

GAMBAR NI..MASA LAST KELAS DENGAN USTAZ AIMI..

ERM...nak citer nih...ada seorang kawan sy nih..perangai memang gila2 sikit..tapi dia baik...korang mesti kenal punya la...JALALUDDIN...hehe...kadang2 kitorang pergi umah dia lepak2 kat situ...best suasana umah dia....menarik sangat....ha...ni ada gambar dia..kelakar sikit la..haha


ha...terkejut tak muka dia....time ni jamuan makan malam....dia nih umur lebih setahun dari kitorang...tapi perangai dia sama macam kitorang...happenig la katakan...

nak citer lagi...sy ada la dua org kawan perempuan yg rapat sangat dengan sy....sy ramai kawan perempuan..tapi yang dua orang ni yang selalau sy contact.....hehe...nak tau ke siapa??erm.tak payah la...best kawan dengan dua orang nih..happening je....diorang nih tak sama umur dengan sy..muda dua tahun dari sy....entah macam mana boleh rapat un sy tak ingat....yang sorang macam ganas sikit..tapi yang sorang lagi baik..lemah lembut...hehe...api tak apa..sy tak kisah sangat semua uh....yang penting ada kawan....

kawan perempuan dua orang nih tak boleh letak gambar....privasi la katakan....lagipun diorang perempuan takkan la nak leteak gambar diorang.....ermmm...

rasanya sampai sini je la citer sy psal kawan nih....ALHAMDULILLAH..ALLAH telah kurniakan kepada sy kawan yang baik......ingat...setiap kawan ada cerita..eh macam iklan yuna pulak...apa apa pun...hargailah kawan yang ada di sekeliling kita selagi mereka tidak lari dari hidup kita...segala pertemuan ditentukan oleh ALLAH dan segala perpisahan juga ditentukan oleh ALLAH...

  "BUKAN PERPISAHAN YANG MEMBUATKAN AKU SEDIH, TETAPI PERTEMUAN YANG                                     
   MEMBUATKAN AKU MENYESAL"



sekian..wassalam...

Wednesday, August 15, 2012

olimpik 2012 ada unsur freemason


Olimpik London 2012
dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason.Betulkah sampai begitu sekali? Olimpik dan Yahudi?

Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata “ZION,“ yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.

Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden IOC Jacques Rogge di mana ia mengutuk logo tersebut sebagai “rasis“ dan menyeru kepada negara-negara Muslim lain untuk bersama membantah.

Unsur Illuminati Olimpik London 2012








Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas.




Macam ni lah rupanya pokok yahudi ni. Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu... Illuminati!


Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqadsecara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.





Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.












Friday, March 30, 2012

Horoskop dan Hukumnya (walaupun sekadar suka2)

Imam tafsir Quran terkenal ,Qotadah As Sadusiy rahimullah mengatakan:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala hanyalah menciptakan bintang untuk tiga tujuan: [1] sebagai hiasan langit dunia, [2] sebagai pelempar syaitan, dan [3] sebagai penunjuk arah. Barangsiapa yang menyakini fungsi bintang selain itu, maka ia bererti telah berkata-kata dengan pikirannya semata, ia telah mendapatkan nasib buruk, menyia-nyiakan agamanya dan telah menyusah-nyusahkan berbicara yang ia tidak memiliki ilmu sama sekali.”
(Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir Ath Thobariy dalam Jami’il Bayan fii Ta’wilil Qur’an, 23/508, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H. Syaikh Musthofa Al ‘Adawiy mengatakan bahwa sanadnya hasan.)


Syaikh Sholih Alu Syaikh -hafizhohullah- mengatakan, “Jika seseorang membaca halaman suatu rencana yang berisi ramalan bintang yang sesuai dengan tanggal kelahirannya atau bintang yang yang sepadan dengan tarikh lahirnya, maka ini umpama seperti mendatangi dukun. Akibatnya cuma sekedar membaca semacam ini adalah tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. Sedangkan apabila seseorang sampai membenarkan ramalan dalam nintang tersebut, maka ia bererti telah kufur terhadap Al Qur’an yang telah diturunkan pada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”


(Lihat At Tamhid Lisyarh Kitabit Tauhid oleh Syaikh Sholih Alu Syaikh pada Bab “Maa Jaa-a fii Tanjim”, hal. 349, Dar At Tauhid, cetakan pertama, tahun 1423 H.)


Allah swt jelas mengingatkan bahawa setiap sesuatu adalah dalam pengetahuan Allah swt Maha Mengetahui, “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Luqman:34)

Wednesday, March 21, 2012

result SPM...

ASSALAMUALAIKUM...kepada pengunjung blog saya...pada tanggal 21 mac 2012 iaitu pada hari ini satu malaysia telah digemparkan dengan pengumuman keputusan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011....

seperti biasa semua pelajar akan hadir kesekolah masing-masing untuk mengambil keputusan mereka setelah lama bercuti meninggalkan alam persekolahan mereka....walaupun saya mengambil tingkatan 6 pada tahun ini...tetapi saya juga turut hadir lewat ke sekolah bersama rakan2 yang lain.....

setelah lama menunggu akhirnya kami semua dipanggil untuk masuk ke dewan bagi mengambil keputusan spm kami...kemudian kami masuk ke dewan untuk mengikuti acara didalam dewan.....pada waktu itu...pengetua mengumumkan pelajar terbaik spm 2011..

akhirnya...tibalah waktu mengambil slip keputusan spm di kaunter mengikut kelas masing-masing...
kami beratur dan akhirnya tiba giliran saya...saya begitu berdebar sewaktu mengambil keputusan spm itu..saya tidak mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi tapi sekadar harapkan keputusan yang baik....
setelah selesai tandatangan di kertas yang disediakan...saya diberi fail yang tertulis nama saya sendiri...
saya buka dan melihat slip keputusan spm saya...walaupun saya tidak dapat gred A yang banyak..tapi saya redha dan berpuas hati dan saya sangat bersyukur kerana dengan izin ALLAH saya masih lagi disini untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi ALLAH ini...
keputusan saya agak memuaskan walaupun tidak mendapatD 11A ATAU YANG SETARAF DENGANNYA..tapi saya bannga dengan keputusan saya iaitu 3A4B4C1E....
haha..kesemuanya ada...tapi alhamdulillah saya lulus sijil pelajaran malaysia ini..........
baiklah...itu saja cerita saya..harap kawan2 yang akan mengambil spm pada masa akan datang...diharapkan mendapat kejayaan yang cemerlang didunia dan diakhirat.....

Tuesday, January 24, 2012

Tuhan aku telah menzalimi diriku,maka ampuni aku..

        NABI Allah Musa bin Imran a.s hidup di mesir dan dididik di istana Firaun setelah ibunya membuangnya kerana wahyu daripada Allah s.w.t. dan Ilhamnya di laut kerana takut dia dibunuh oleh Firaun , di mana dia membunuh setiap anak lelaki yang lahir daripada anak-anak Bani Israel.Tetapi Allah s.w.t.tetap berkehendak untuk mendidik Musa a.s. di istana musuhnya dan dibawah pengawasannya .
      Musa a.s. membesar dan menjadi remaja . Pada suatu hari dia memasuki kota ketika penduduk kota lengang,tiba-tiba dia melihat dua orang yang sedang berkelahi . Salah seorangnya adalah orang mesir dan seorang lagi daripada golongan bani Israel. Orang yang berasal daripada golongannya meminta tolong terhadap musuhnya orang Mesir . Musa a.s. memukul orang Mesir qibti itu dan membunuhnya . Musa a.s. tahu bahawa dirinya telah bersalah dan bahawa apa yang telah dikerjakannya adalah pekerjaan syaitan. Maka dia berdoa kepada Tuhannya dan berkata , "Musa berdoa:


"Ya tuhanku , sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku . " Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. Musa berkata , "Ya Tuhanku , demi nikmat yang telah engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-sekali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa. "      
                                                                                                                               (al-Qashah:16-17)                                                                                                                         


Demikian juga Musa a.s mengetahui kesalahannya, dan segera beristighfar kepada Allah s.w.t. Jawapan daripada Allah s.w.t. lebih cepat,kerana Dia Maha Pengampun. Musa a.s sebenarnya ingin mengherdik orang qibti itu dan memukulnya , akan tetapi pukulan itu telah menyebabkan kematiannya tanpa sengaja...


  

Friday, January 20, 2012

mengenali syaitan jin dan iblis

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas’ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”

AWAL PENCIPTAAN JIN

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

TEMPAT TINGGAL JIN

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)

KERAJAAN IBLIS

* Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.”